Selamat membaca.Saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.ALLAH.BONDA.SIBLING.FRIEND.twentyone.

Sunday, September 29, 2013

BAHAGIA

Senyum
Tawa
Gelaksakan.

Bahagia!

Satu perkataan yang tak semua dapat rasa.
Bangun pagi, di bawah kolong
Anak, isteri di sisi
Biar kolong tempat kita,
Asal namanya satu keluarga,
Itu cukup bahagia.

Tidur malam,
Katil empuk,
Rumah umpama istana.
Biar istana sekalipun,
Suami sibuk, isteri berkerja,
Manakan rasa bahagia.

Makan berkongsi,
Makan satu pinggan,
Itu bahagia
Dari makan seorang diri di meja bak menteri.

Biar jauh terpisah
Asal masih di hati.
Daripada
Dekat seperti lekat.
Tiada rasa hormat lagi
Mana nak cekau erti bahagia.


Noktah
Pilih mana kau mahu, 
Segalanya kau mampu.



Tuesday, September 24, 2013

PERGI

Aku diminta pergi
Aku Disuruh jauh
Jauh

Kemana lagi kaki ingin melangkah
Kemana hati nak tenang
Tidak.
Aku tak tahu
Tak pernah tahu

Hari ini,
Aku mampu berdiri,
Setelah jatuh, tersungkur
Setelah jatuh tersadai.
Akhirnya aku mampu.
Mampu sendiri.

Senyum. Gelak. Ketawa.
Kerana aku. Kerana diri sendiri.

Tapi,
Hari ini juga kau datang,
Kembali.
Memberi kata-kata dahulu
Untuk?
Kenapa?
Tidak, aku tak mahu kau kembali

Aku mahu terus melangkah. 
Aku tak mahu sakit tersungkur lagi.

Monday, July 15, 2013

PUISI BONDA

Tika matahari melabuhkan tirai
Tika awan  petang mula berarak pulang
Tika malam mula menunjukkan diri
Memperkenalkan cerita di malam hari

Anak kecil ini selesai sujud pada Tuhannya
Anak kecil ini tiba terasa hatinya kosong
Anak kecil ini rindukkan belaian manja
Anak kecil ini rindukan kata-kata dari sang ibu

Dia menadah tangan
Memohon agar ALLAH melindungi ibunya
Kekuatan hatinya

Oh Bonda,
Kau penguat hati lemah ini
Kau semangat jiwa rapuh ini
Kau segalanya bagi diri kerdil ini

Oh Bonda,
Aku rindu engkau bonda
Aku rindu bersamamu
Aku RINDU.
OH! Bonda.


KakiMelangkah