Selamat membaca.Saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.ALLAH.BONDA.SIBLING.FRIEND.twentyone.

Sunday, November 24, 2013

PENIMBANG HATI

Sampai satu tahap
Penat dan lelah mula kelihatan
Sampai satu tahap
Aku mula bertindak, untuk diam.

Penat dan lelah
Menimbang satu persatu hati kalian
Andai menimbang itu memerlukan wang
Maka aku lah insan paling miskin
Maka aku lah yang tidak berduit
Maka aku lah yang jatuh muflis.

Kerana duit bukan tukarannya,
Aku masih disini
Aku masih gagah
Bukan kerana aku tiada perasaan
Cuma, aku menyimpan segalanya di dalam aku.
Dan terus memasang senyuman dihadapan kalian
Harapan aku ---- Agar senyuman aku mampu menguatkan kau juga.

No comments: