Selamat membaca.Saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.ALLAH.BONDA.SIBLING.FRIEND.twentyone.

Sunday, November 24, 2013

PENIMBANG HATI

Sampai satu tahap
Penat dan lelah mula kelihatan
Sampai satu tahap
Aku mula bertindak, untuk diam.

Penat dan lelah
Menimbang satu persatu hati kalian
Andai menimbang itu memerlukan wang
Maka aku lah insan paling miskin
Maka aku lah yang tidak berduit
Maka aku lah yang jatuh muflis.

Kerana duit bukan tukarannya,
Aku masih disini
Aku masih gagah
Bukan kerana aku tiada perasaan
Cuma, aku menyimpan segalanya di dalam aku.
Dan terus memasang senyuman dihadapan kalian
Harapan aku ---- Agar senyuman aku mampu menguatkan kau juga.

Friday, November 1, 2013

BARANG MAINAN

Sering aku dengar
'Lelaki mampu'

Wanita juga
Punya hati
Penat melayan hati rapuh
Wanita perlu buktikan
Hati bukan mainan

Lelaki juga perlu rasa
Sakit
Perit
Siksa
Di permain


Wanita ---- dia main mata
Kau sentuh hatinya
Dia main perasaan kau genggam jiwanya
Dia memberi harapan kau berikan sinar
Sampai masa dia pergi, bekukan air mata

Biar dia yang merasa kehilangan kau.

Thursday, October 24, 2013

CUBA BERTAHAN

Rindu?
Sabar
cuba tahan
Cuba kuatkan
Cuba.

Rindu itu mainan hati
Kalau kuat hati kau
Kau mampu bertahan
Kau mampu tepis segala rindu
Salah?

Tak salah merindu
Tapi kadang rindu itu perlu kau simpan
Bukan luahkan


Sabar lah
Cuba zikir bila hati semakin merindu
                                                                                                                        Insyaallah Allah ada

Friday, October 11, 2013

JADIKAN KITA

Ukirkan nama kita
Di atas
Di tingkat paling atas
Di dalam
Sedalam yang boleh
Agar tak mungkin boleh hilang
Kerna aku tidak mahu tenggelam tanpa pelampung
Terbang tanpa sayap
Kerna aku telah menyimpan
Di lubuk paling dalam
Kotak paling selamat.
Yang aku gelar dengan gelaran hati.

Jadikan la aku juga seperti aku jadikan kau.
Hargai la setiap detik yg kita luangkan
Kerna, saat ini aku merindukan kau.
Ya rindu!

Sunday, October 6, 2013

KENANGAN SINGKAT

2 hari dan 1 malam
Singkat
Sangat singkat
Amat singkat
Bagaimana dalam satu malam aku jatuh
Aku tersungkur 
Dalam mengenali hati budi kau

Pernah aku nyatakan
Aku tidak suka
Menyampah
Malah berharap aku dapat bekerja dengan orang lain dan bukan kau
Tapi hari in,
Aku menular segala yang aku katakan

Bagaimana dalam satu malam,
Kau boleh membenarkan seorang gadis tergolek dengan peribadi kau

Kejam
Kau kejam.
Jika kau membiarkan dia terkapai kapai setelah terjatuh

Wednesday, October 2, 2013

BAJU SAMA

Sama
Instinct  kita sama
Jodoh
Kita ada jodoh

*pause*

Masa kecik dulu,
Selalu aku fikir
Bila apa kita buat, sama dengan orang yang kita suka,
Maknanya jodoh kuat

Hari ini,
Seorang lelaki memakai baju sama
Sama coraknya dengan aku
Dia jodoh?
Dia kah orangnya?
Budak-budak!

Hari ini,
Datang seorang lelaki yang serius
Serius dengan apa yang dikatakan
Ingin memperisterikan wanita,
Bukan jadikan barang mainan

Aku jadi takot
Bagaimana jika satu hari nanti
Baju itu dibuang
Baju itu tidak lagi dipakai
Apa akan jadi pada jodoh?
Apa akan jadi pada sama
Apa akan jadi pada aku

Kerana percaya benda yang subjektif
Iaitu instinct!


RESPECT


Bayangkan aku. 
Adik. Emak kau.
Kau suka?
Orang mencanang cerita mereka
Bercakap sesuka hati bagai mereka tiada maruah!!

Koma

bergurau,pasti boleh
 Tapi ada batasnya.
Hormat aku bagai wanita.
Bukan perempuan murah

Aku muslim malahan bertudung
Belum pernah aku tampil membuka manamana tubuhku pada lelaki bukan mahram

Jadi
Apa hak kau untuk kau berkata tentang tubuh aku yg bukan hak kau melihat!

Abg? Kau bukan darah daging aku
Adik? Jauh sekali melihat umur
Kakak? Terserlah kelelakian kau
Suami? Bila kau melafaz nikah?

Lelaki! 
Kau bakal pemimpin
Kau perlu lagi fasih
Menghormati kaum wanita
Bukan menjatuhkan dan mengaibkan!

Bayangkan kakak, adik atau ibu kau terkena.
Marah? Jadi apa pula rasa abg, bapa kami, wanita!

Sunday, September 29, 2013

BAHAGIA

Senyum
Tawa
Gelaksakan.

Bahagia!

Satu perkataan yang tak semua dapat rasa.
Bangun pagi, di bawah kolong
Anak, isteri di sisi
Biar kolong tempat kita,
Asal namanya satu keluarga,
Itu cukup bahagia.

Tidur malam,
Katil empuk,
Rumah umpama istana.
Biar istana sekalipun,
Suami sibuk, isteri berkerja,
Manakan rasa bahagia.

Makan berkongsi,
Makan satu pinggan,
Itu bahagia
Dari makan seorang diri di meja bak menteri.

Biar jauh terpisah
Asal masih di hati.
Daripada
Dekat seperti lekat.
Tiada rasa hormat lagi
Mana nak cekau erti bahagia.


Noktah
Pilih mana kau mahu, 
Segalanya kau mampu.



Tuesday, September 24, 2013

PERGI

Aku diminta pergi
Aku Disuruh jauh
Jauh

Kemana lagi kaki ingin melangkah
Kemana hati nak tenang
Tidak.
Aku tak tahu
Tak pernah tahu

Hari ini,
Aku mampu berdiri,
Setelah jatuh, tersungkur
Setelah jatuh tersadai.
Akhirnya aku mampu.
Mampu sendiri.

Senyum. Gelak. Ketawa.
Kerana aku. Kerana diri sendiri.

Tapi,
Hari ini juga kau datang,
Kembali.
Memberi kata-kata dahulu
Untuk?
Kenapa?
Tidak, aku tak mahu kau kembali

Aku mahu terus melangkah. 
Aku tak mahu sakit tersungkur lagi.

Monday, July 15, 2013

PUISI BONDA

Tika matahari melabuhkan tirai
Tika awan  petang mula berarak pulang
Tika malam mula menunjukkan diri
Memperkenalkan cerita di malam hari

Anak kecil ini selesai sujud pada Tuhannya
Anak kecil ini tiba terasa hatinya kosong
Anak kecil ini rindukkan belaian manja
Anak kecil ini rindukan kata-kata dari sang ibu

Dia menadah tangan
Memohon agar ALLAH melindungi ibunya
Kekuatan hatinya

Oh Bonda,
Kau penguat hati lemah ini
Kau semangat jiwa rapuh ini
Kau segalanya bagi diri kerdil ini

Oh Bonda,
Aku rindu engkau bonda
Aku rindu bersamamu
Aku RINDU.
OH! Bonda.


KakiMelangkah

Monday, June 3, 2013

LELAH

LELAH
Bukan sakit
Tidak, aku sihat.
ALHAMDULILLAH

Ini lelah
Lelah dengan dunia
Lelah dengan keliling
Bukan dunia kau atau kau
Tapi dunia aku
Dunia milik aku.
Kata mudah,
Hidup aku

Entah kenapa,
Hidup aku tak seperti hidup kau
Lain dan terlalu lain
Beza dan penuh perbezaan

Aku juga ingin hidup seperti kau
Tapi, belum tiba masaku
Masih jauh untuk aku
Kerana..
Aku perlu berusaha sendiri
Aku perlu kudrat sendiri

Ya. Dia Maha Adil
Semoga usaha, kudrat dan doa aku diangkat tinggi Oleh-Nya.

Friday, May 31, 2013

DUA TAHUN DAN LIMA BULAN

DUA TAHUN
Lama bagi aku
LIMA BULAN
Lama kita bersama

GELAK . TAWA
MANJA . GILA
KITA BERSAMA

Itu dulu
Tapi kini, kau berpaling
Berpaling dari dua tahun kita
Berpaling dari lima bulan bahagia

Kau bukan lagi yang dulu
Bukan lagi yang tersenyum indah
Bukan lagi yang mengalah rela

Apa yang patut aku lakukan?
Mengundur rela
Atau menelan hina

Apa yang kau inginkan
Terus bersama
Atau berpisah rela

****

DIAM

****

Segala nya berubah
Tiada yang sama
Kau berubah dan aku berubah
Tapi mengapa aku dipersalahkan?
Mengapa kita tidak melihat diri sendiri dan menyalahkan hati yang mudah berubah.


Tuesday, May 14, 2013

NADA SUARA PEMBUNUH

Kau(!)
Ya. kau yang membaca
Kau punyai kelebihan
Yang tidak semua orang miliki

Nada kau mampu membunuh
Membunuh sebilangan hati yang lemah
Membunuh sekeping hati yang rapuh
Mematikan mungkin hati yang telah mati

Kau perlu ada sedikit kesedaran
Kau perlukan sedikit pengajaran
Pengajaran dalam menjaga hati lain
Selain hanya hati kau

Kau perlu sedar
Hati yang turut kecewa, luka, parah
Dengan segala kata-kata
Dengan Nada Suara Pembunuh.

*NOKTAH*


Sunday, May 12, 2013

MUDAH.GILA

Hari ini bercerita tentang mudah dan gila.
Aku
Terlalu mudah lapar
Mudah ketawa
Mudah menangis
Mudah tersentuh
Mudah JATUH CINTA

*PAUSE*

Ye!
Aku mudah jatuh cinta
Telalu mudah
GILA!
Semua yang aku jumpa,
Aku suka
Aku jatuh cinta

MELAMPAU!
Semua yang aku suka,
Tak pernah Suka aku.
HAHAHA!

Saturday, May 11, 2013

RINDU

Setelah lama dipendam
Digagahi juga hati untuk menelefon
Tangan berat menekan butir setiap numbor
Tidak pernah walau sekali numbor itu dilupai

Aku nyatakan,
Aku rindu
Hanya rindu yang mampu aku nyatakan
Selebihnya, air mata yang berkata-kata

Ditanya aku dimana
Tidak mampu aku jawab
Sehingga syiling habis ditelan
Aku diam
Mendengar dia memanggil
Menjerit namaku

Sekurang-kurangnya aku tahu
Dia sihat
Selamat

ALHAMDULILLAH

*pause*

Ye.
Terkadang aku tertanya
Mengapa aku yang mencari kau
Sedang kau tidak pernah menoleh langkah kecik yang aku lalui
Dan terkadang itu juga
Aku pecahkan ego,
Aku pijak hati sendiri
Hanya untuk mendengar kau berkata
"I MISS YOU TOO"


Monday, May 6, 2013

KELIRU

Aku adalah aku
Tidak pernah aku berpura-pura
Menyamar, memakai plastik muka lain

Aku adalah aku
Tidak pernah aku cuba menjadi yang lain
Memalsukan siapa diri aku

Adakah orang yang mampu bersabar dengan aku.
SIAPA? BONDA.
SIAPA LAGI?
DAN SIAPA...

Aku keliru
Keliru dengan diri sendiri
Apa yang perlu aku lakukan
Perlukah aku berubah
Demi memenuhi hati lain?

Begitu?
Aku tak rasa itu perlu
Tapi bagaimana.
Apa yang perlu aku lakukan
huhhh
Hanya keluhan berat sanubari

(berhenti)

***

Ya itu aku
Si Gila gambar.
Tiada kepura-puraan.
Aku hanya mahu hidup bahagia.
Mari bersama melangkah :)

Friday, May 3, 2013

PEMERHATI DUNIA

Duduk bersandar,
Memerhati matahari petang,
Semakintiba di garisan pulang

Telinga kusyuk dengan halwa telinga
Bagi sedikit fokus mencari sesuatu untuk catatan

Hari ini,
Aku memerhati
Manusia bagai ingin berperang
Bagai ingin berpecah

Mungkin aku masih muda untuk memahami
Namun aku bukan kanak-kanak untuk membezakan benar atau salah

Mengapa manusia inginkan perubahan
Kenapa tidak bersyukur dengan apa yang ada hari ini
Aku takut.
Takut segalanya berubah

Bukan aku bencikan perubahan.
Namun aku selesa dengan keadaan sekarang

Ya Allah,
Selamatkan segalanya.

********

#PRU13
Semoga kami masih mempunyai hak.

Thursday, May 2, 2013

SENYUM

Anak bonda telah dewasa
Menjadi gadis yang dididik Bonda
Anak Bonda sedang meniti lumrah kehidupan

Beberapa hari ini,
Anak Bonda terasa bahagia
Walau masih hatinya luka

Beberapa hari ini,
Anak Bonda tersenyum bahagia
Walau masih lukanya pedih

Beberapa Hari ini,
Anak Bonda ingin bahagia
Namun hatinya takut akan luka lagi.

Beberapa hari ini,
Anak Bonda menadah tangan
Memohon kebahagiaan
Dan menolak segala luka

Berharap anak Bonda ini 
Gagah menempuh harinya
INSYAALLAH.

*pause*

Kenapa bila kita sorang-sorang,
Rasa nak teman di sisi
Tapi bila da ada,
Kita nak sorang-sorang.

Masalah yang aku sendiri alami.
Masih belum punya jalan keluar.
Berharap bila tibanya insan yang benar,
Tidak lagi berlaku begini.

Sunday, April 28, 2013

REZEKI MAHAL

*BUKA MATA*
Capai handphone

9.00 am
-BANGUN LAMBAT-

Msj Bonda

"Hmmm. rezeki mahal la bangun lambat-lambat ni"

***
Alhamdulillah.
Masih bernafas
Mempunyai memori semalam
Mempunyai anggota sejahtera.

BESYUKUR
Mungkin ada yang tidak mempunyai segala ini.

***

Tinggal di shah alam,
Makan di shah alam
Mungkin ada yang pernah lihat,
Segelintir manusia yang kurang sifat diri datang meminta wang.
Atau mungkin warga emas yang sepatutnya berehat 
Datang menjual sesuatu,
Menyatakan mereka belum mengisi perut.

Siapa yang menghantar mereka?
Siapa yang tergamak menggunakan kudrat mereka?
Siapa dalang di sebalik semua kata-kata mereka?

NOKTAH

***
Jika aku punyai kuasa,
Kekuatan
Pangkat
Kekayaan
Aku ingin bantu mereka.
Untuk hidup lebih sempurna.

INSYALLAH.

Thursday, April 25, 2013

CERITA BARU

Beralih ke angin baru
Meninggalkan keompok lama
Membawa semangat baru 
Untuk bekalan tatkala tersungkur

Bagi mereka ia mudah
mudah untuk meneruskan langkah
Aku menyahut cabaran
Langkah kecik harus dilebarkan
Demi melihat senyuman bangga si pemilik rahim

Menadah tangan memohon petunjuk
Minta belasan ihsan
Untuk terus dikuatkan
Dari Sang Pemberi NIkmat
INSYAALLAH.

*********
Assalamualaikum
So, kehidupan degree yang sangat-sangat mencabar
bolehla dikatakan sangat berbeza dengan diploma
Kalau diploma, semuanya disediakan oleh lecture,
well, degree? anda lambat anda tertinggal.
haha

Alhamdulillah 
Dah pun habis satu semester.
Insyaallah ada lagi 3 semester untuk di tempuh.

Basically, bila masuk degree ni memang memerlukan banyak kesabaran
Sabar dengan assignment, lecture and even memember.

Bila dah masuk degree, 
Gua duduk dengan memember dari diploma
and here, baru kitaorang kenal satu-satu punya perangai
Tapi kene bertolak ansur la.
Kene adapt dengan cara diaorang.
Kalau tak, memang berperang jela jawabnye.

Sebab tu kene back to basic,
SABAR 

Till talk later :)

Monday, April 22, 2013

INGIN KEMBALI

BISMILLAH

Aku ingin kembali
Kembali ke dunia maya
Kembali ke dunia penuh kata-kata
Dunia di mana manusia meluahkan segalanya dengan gambar dan kata-kata

Bukan lagi jerit pekik,
Bukan dengan jelingan tajam mata
Hanya kata-kata

Kembali ke dunia tanpa sempadan
Tiada syarat yang diletakkan
Hanya perlu pandai berkata-kata

Sebelum itu, 
Tajam kan seni penulisan,
Agar tidak jemu pengkritik dunia menelaah

*******

Ayat mudah -- Nak balik berblog hahaha
Setelah sekian lama meninggalkan dunia penulisan blog,
Hati berdetik untuk kembali.

Harap ini bukan harapan palsu - INSYAALLAH.