Selamat membaca.Saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.ALLAH.BONDA.SIBLING.FRIEND.twentyone.

Friday, October 11, 2013

JADIKAN KITA

Ukirkan nama kita
Di atas
Di tingkat paling atas
Di dalam
Sedalam yang boleh
Agar tak mungkin boleh hilang
Kerna aku tidak mahu tenggelam tanpa pelampung
Terbang tanpa sayap
Kerna aku telah menyimpan
Di lubuk paling dalam
Kotak paling selamat.
Yang aku gelar dengan gelaran hati.

Jadikan la aku juga seperti aku jadikan kau.
Hargai la setiap detik yg kita luangkan
Kerna, saat ini aku merindukan kau.
Ya rindu!

Sunday, October 6, 2013

KENANGAN SINGKAT

2 hari dan 1 malam
Singkat
Sangat singkat
Amat singkat
Bagaimana dalam satu malam aku jatuh
Aku tersungkur 
Dalam mengenali hati budi kau

Pernah aku nyatakan
Aku tidak suka
Menyampah
Malah berharap aku dapat bekerja dengan orang lain dan bukan kau
Tapi hari in,
Aku menular segala yang aku katakan

Bagaimana dalam satu malam,
Kau boleh membenarkan seorang gadis tergolek dengan peribadi kau

Kejam
Kau kejam.
Jika kau membiarkan dia terkapai kapai setelah terjatuh

Wednesday, October 2, 2013

BAJU SAMA

Sama
Instinct  kita sama
Jodoh
Kita ada jodoh

*pause*

Masa kecik dulu,
Selalu aku fikir
Bila apa kita buat, sama dengan orang yang kita suka,
Maknanya jodoh kuat

Hari ini,
Seorang lelaki memakai baju sama
Sama coraknya dengan aku
Dia jodoh?
Dia kah orangnya?
Budak-budak!

Hari ini,
Datang seorang lelaki yang serius
Serius dengan apa yang dikatakan
Ingin memperisterikan wanita,
Bukan jadikan barang mainan

Aku jadi takot
Bagaimana jika satu hari nanti
Baju itu dibuang
Baju itu tidak lagi dipakai
Apa akan jadi pada jodoh?
Apa akan jadi pada sama
Apa akan jadi pada aku

Kerana percaya benda yang subjektif
Iaitu instinct!