Selamat membaca.Saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.ALLAH.BONDA.SIBLING.FRIEND.twentyone.

Tuesday, May 29, 2012

May gonna leave

Assalamualaikum.
Last entry dah berabuk?
Okay fine.
Do forgive me.
Alhamdulilah.Saya masih bernafas dan di beri peluang bersama mereka yang saya sayang.

Sebulan saya disini.
Sebulan bersama mereka.
Sebulan berkasih sayang.
Sebulan menggemukkan diri. 
heeee~

Dalam sebulan,beribu perkara menyusuri hidup.
Beribu kesedihan,
beribu kepahitan,
beribu kegembiraan.
Terima kasih Ya Allah.

RANDOM 1

16 June 2012-Sahabat dunia akhirat akan melangsungkan persandingan dengan suami tercinta. Bersama-sama si kecik yang menghitung hari untuk melihat dunia.Ya Allah.Besar kuasa cintamu.Aku kagum.Kau satukan dua jiwa,dua hati menjadi satu meniti hari bahagia mereka ke syurga kelak. Orang tu yang nak bersanding,tapi aku yang dok excited pangkah2 calendar HAHA.

-Insyaallah suatu hari nanti tiba masaku. -Jika kau untuk ku.DIA akan datangkan kau secara halal buatku-

RANDOM 2

DEGREE- 'Nak belajar pandai-pandai bila dah besar' Diari anak kecik yang membesar bersama bonda tercinta.Ya,dia nak belajar,beli rumah besar,kereta mewah,baju cantik,senangkan bonda. Hari ini,ALLAH perkenankan doa nya selama dua puluh tahun. Permohonan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) (penyiaran). Alhamdulilah.Air mata tidak berhenti bergenang.Hingga tidur malamnya terasa bersama kekasihnya-ALLAH.

-Syukur.Terima Kasih.Alhamdulilah.Jika ada khalimah lebih indah untuk melambangkan syukurku,pasti aku ungkapkan di tidur dan jagaku.

RANDOM 3

SAHABAT- Dunia ibarat pentas teater bagi individu. Lebih kita berlatih,teater kita jadi cantik dan damai. Kurang kita berlatih,bertatih la engkau di hadapan khalayak. Hidup kita, lebih kita terjatuh, semakin kita tabah menghadapi kejatuhan. Jatuh bukan membuat kau lemah, tetapi menjadikan kau lebih yakin untuk berdiri. 
Pelakon teater hidup ini, tak pernah kenal,tak pernah jumpa. Sekali kita bersama,dia la pelakon bersama di dalam cerita kita. Dasarnya pelakon, habis babak lakonan, beredarlah dia. Ya.aku sering di ketawakan kerana setia berkawan. Bersahabat kerana ALLAH,manusia inginkan.Namun,DIA Maha perancang.Kita hanya mampu merancang apa yang bakal berlaku,namun DIA yang menentukan rancangan kita.

-If someone walk away from your life,let them go because their part in your story is over-



RANDOM 4

THUMBELINA- Nama seindah tuannya.Dia cantik,dia comel,dia tabah,dia penyabar. Makhluk yang dicipta yang Maha esa. Di jadikan haiwan paling disayangi Rasul Allah. Sayangnya si dia,dia tak mampu melihat,tak mampu mendengar. Hari pertama bersamanya,membuat hati bagai di hiris. Makanan tidak dijamah,berpusing-pusing mencari arah. Dia mampu melihat dalam jarak yang sangat dekat dengan hanya sebelah mata. Subhanallah.Bersyukur deria ini masih milikku. Bayangkan aku di tempat dia,mana mungkin aku bertahan.

-Thank you for sending this creature for me to think and realize, ada yang lebih kurang bernasib baik dari diri ini.

RANDOM 5

SIBLING- 'My one and only sister' ketika berada dipelukkan si kakak untuk bergambar. ' Aca kan kakak yang baik' barisan gigi di susun oleh si adik. 'takecare,loveyou' ucapan ikhlas dari si abang. 'Because you are my baby' Kekuatan yang di salurkan melalui sebaris ayat bonda. Harapan persaudaraan kita tidak putus seperti air,tidak reput seperti kayu. Demi Allah,tiada yang lebih berharga dari kasih sayang ikatan ini.

'Bilalah kita nak duduk satu rumah sama-sama balik' *harapan ikhlas dari hati kosong si adik* *Insyaallah bila Allah izinkan,sayang.*



RANDOM 6

CAHAYA KEGIRANGAN- Dia tak pernah menunjukkan ape yang dirasa. Membantu sekadar yang mampu. Bersahabat bukan kerana pangkat atau nama. Mendiamkan diri walau diri di hentam pengkritik bebas. Setia bersama dikala sahabat memerlukan bahu untuk menangis.Betapa baik hatinya. Namun kenapa dia dilayan seperti tidak layak berada di bumi Allah. Kau menghina saat kau kesenangan,lupakah? Dia yang kau cari dikala susah?Lupa kah?Dia yang bersama kau ketika kau bertatih di hadapan orang yang menghina. Dia yang menghulurkan tangan ketika kau hampir terjunam. Dia yang menelan setiap satu hinaan kau. Hanya kerana kau besar,kau mampu,kau kuat dan kau kakak. 

-People start to appreciate when there nothing in front them,jangan sampai dah terlambat baru nak tersedar dari dunia fantasi kau-




RANDOM 7

WANITA EXCLUSIVE- Gadis kecik tadi,telah dewasa, melihat dunia dengan pandangan sendiri. Dia bertekad menjadi mahal di khalayak.Dia impikan untuk menjadi istimewa. Bukan di mata manusia tetapi disisi ALLAH. Dia sedar dia bukan terbaik,tapi dia berazam menjadi teristimewa sehingga mulia di sisi kekasihnya-ALLAH.

-Hanya orang berpuasa merasai nikmatnya-

RANDOM 8 

JUNE-I've been expecting you :)


Love-NTA

No comments: