Selamat membaca.Saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.ALLAH.BONDA.SIBLING.FRIEND.twentyone.

Thursday, April 25, 2013

CERITA BARU

Beralih ke angin baru
Meninggalkan keompok lama
Membawa semangat baru 
Untuk bekalan tatkala tersungkur

Bagi mereka ia mudah
mudah untuk meneruskan langkah
Aku menyahut cabaran
Langkah kecik harus dilebarkan
Demi melihat senyuman bangga si pemilik rahim

Menadah tangan memohon petunjuk
Minta belasan ihsan
Untuk terus dikuatkan
Dari Sang Pemberi NIkmat
INSYAALLAH.

*********
Assalamualaikum
So, kehidupan degree yang sangat-sangat mencabar
bolehla dikatakan sangat berbeza dengan diploma
Kalau diploma, semuanya disediakan oleh lecture,
well, degree? anda lambat anda tertinggal.
haha

Alhamdulillah 
Dah pun habis satu semester.
Insyaallah ada lagi 3 semester untuk di tempuh.

Basically, bila masuk degree ni memang memerlukan banyak kesabaran
Sabar dengan assignment, lecture and even memember.

Bila dah masuk degree, 
Gua duduk dengan memember dari diploma
and here, baru kitaorang kenal satu-satu punya perangai
Tapi kene bertolak ansur la.
Kene adapt dengan cara diaorang.
Kalau tak, memang berperang jela jawabnye.

Sebab tu kene back to basic,
SABAR 

Till talk later :)

Monday, April 22, 2013

INGIN KEMBALI

BISMILLAH

Aku ingin kembali
Kembali ke dunia maya
Kembali ke dunia penuh kata-kata
Dunia di mana manusia meluahkan segalanya dengan gambar dan kata-kata

Bukan lagi jerit pekik,
Bukan dengan jelingan tajam mata
Hanya kata-kata

Kembali ke dunia tanpa sempadan
Tiada syarat yang diletakkan
Hanya perlu pandai berkata-kata

Sebelum itu, 
Tajam kan seni penulisan,
Agar tidak jemu pengkritik dunia menelaah

*******

Ayat mudah -- Nak balik berblog hahaha
Setelah sekian lama meninggalkan dunia penulisan blog,
Hati berdetik untuk kembali.

Harap ini bukan harapan palsu - INSYAALLAH.

Thursday, August 9, 2012

Sometimes,sorry means nothing.

Assalamualaikum.
Someone ask me,why don't you forgive me?
And I ask myself what did I do then people get mad?
Why don't people forgive for a SORRY.
Why forgiveness hard to be accepted?
Who should be sorry.


MAAF.

    Manusia melihat dari pandangan sendiri,begitu juga si kecik yang bertatih didunia Maha ESA ini. Bila dirasa diri melakukan yang benar,tidak sekalipun dia menoleh.Namun dia tetap manusia yang lemah.Tidak sedar akan kesilapan sendiri.Bila dia tersilap langkah,tidak ada satu suara pun menegur yang ada hanya suara yang lantang dan garang memarahinya. Dia bertekad mendiamkan diri.Namun,diamnya juga menjadi kemarahan keliling.Di hulurkan kata maaf.Maafnya bagai nangka busuk yang tidak diperlukan. Di campak dan dibuang. Dia duduk memuhasabah diri. Satu hari dibiar dirinya melayan hati. Satu hari di biar hati dan akalnya mencari apa salah dirinya. Akhirnya dia pasrah, pasrah mencari konklusi. Pasrah mencari kesalahan. Mungkin dia terlalu muda untuk mengenalpasti kesalahan sendiri. Kata maaf dihulurkan biarpun tidak ada yang sudi menerima. Dia masih muda dan tidak mahu menjadi anak derhaka. Dia masih muda untuk jauh dari Rahmat-Nya. Namun satu yang dia tekad- Jika aku bukan anak yang baik,sering melukakan hati ibuku.Ya aku redha di jemput ILAHI dan ke nerakaNya berbanding terus melukakan hati ibuku-


SORRY

Same people,same mistake. Everyone deserved second chance. But not everyone gonna give you a second chance. Big world let you learn how to stand.

FORGIVENESS

Sorry accepted and you get forgive. For some mistake, sorry means nothing because people need some time to heal their heart and letting the pain goes. They need some time to relax and think.

-Aku maafkan kamu-