Selamat membaca.Saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.ALLAH.BONDA.SIBLING.FRIEND.twentyone.

Wednesday, July 27, 2011

Manusia menghargai selepas kehilangan.

Assalamualaikum. selamat pagi semua :)
U-turn ke jalan firdausi.
Ceramah malam kemarin.
Padat dengan seribu satu cerita.pedoman.
Nasihat,bukan secara direct.tapi banyak yang tersirat.

Walaupun mula-mula macam tanak pegi [leka dengan angry bird]
Akhirnya,kaki melangkah juga kedewan bendahara.
sampai-sampai,just nice penceramah baru nak buka mukadimahhh.

'Kadang-kadang persoalan mampu mengguris hati seseorang'
bila fikir-fikir balik,betul ape yang dikatakan
selama ni,kita hanya menjaga kata-kata,
tapi tak menjaga soalan yang kita tujukan tanpa mengetahui,ada yang tersinggung dengan soalan itu.

Kekuatan manusia,terletak di rohani nya.kerana ia mampu mengalahkan akal dan minda.
ini kerana,
'manusia,takan sedar selagi tak dicampakkan kesedaran kepada rohaninya'

Tapi,bila ustaz tuh cakap 
'Kadang-kadang,kita mampu menyembunyikan sesuatu di hadapan kita,tapi bukan dalam hati.'
Rasa macam ustaz tu dok baca sehelai-sehelai hati dalam dewan tuh.

Banyak yang dikongsi sehingga hati yang kosong boleh terdetik
'aku nak berubah'
Ini bukan la diri aku.

Masih boleh ke aku diterima?
Layak ke untuk FIRDAUS ALLAH.
Subhanallah.
Terasa diri kecil dan hina.

*********

Ustaz tuh cakap 
'Manusia hanya menghargai nikmat itu,selepas harga nikmat itu berlalu'

Kita,hanya sedar harga seorang ibu,bila kita terima panggilan ibu sudah tiada.
kita hanya tersedar harga seorang bapa,selepas terima panggilan bapa tak bernyawa.
kita,hanya sedar kelebihan kakak,abang atau seorang adik,hanya selepas terima berita meraka lagi berkata-kata.

Manusia sering terlupa,terleka tentang kepentingan sesuatu,
sedarkanlah diri..
Jangan sampai terlewat.

*******

Maaf,
hp dimatikan.
biarlah saya disini
cuba mencari kekuatan diri sendiri.
cuba berdiri sendiri.
Bukan untuk melupakan,
tapi tidak mahu menderhakai yang tua.
sekadar ingat mengingati,
kita didunia sementara.
akhirat kelak selamanya.
acaqill

No comments: